ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN III - LEMBAGA PENGURUSAN



Seksyen 6. Lembaga Pengurusan tertakluk kepada pengawalan Pendaftar.

(1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang yang telah dicadangkan untuk menjadi ahli Lembaga itu, adalah tidak layak dan sesuai, maka orang itu boleh ditolak daripada menjadi ahli Lembaga itu oleh Pendaftar dan Lembaga itu hendaklah, setelah penolakan oleh Pendaftar itu, mencadangkan seseorang lain untuk menjadi ahli Lembaga itu untuk mengambil tempat orang yang ditolak daripada menjadi ahli itu. Jika tidak, Pendaftar boleh melantik mana-mana orang lain untuk menjadi ahli Lembaga itu.

(2) Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang ahli Lembaga itu adalah tidak layak dan sesuai, Pendaftar hendaklah mengarahkan Lembaga itu untuk memecat ahli tersebut dan setelah menerima arahan tersebut Lembaga itu hendaklah mengambil tindakan yang perlu untuk memecat dan menggantikan ahli tersebut.

(3) Jika Lembaga itu gagal atau enggan mematuhi arahan Pendaftar di bawah subseksyen (2), Pendaftar adalah mempunyai kuasa untuk memecat ahli tersebut dan melantik seseorang lain, menggantikannya.

(4) Mana-mana orang yang terhenti atau dipecat daripada menjadi ahli Lembaga itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan semua harta, barang-barang berharga, dokumen dan apa-apa barang lain kepunyaan Sekolah Agama Islam berkenaan, kepada ahli-ahli Lembaga itu yang ada.

(5) Mana-mana orang yang telah dipecat atau terhenti daripada menjadi ahli Lembaga itu yang -

adalah bersalah atas suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan bagi kesalahan di bawah perenggan (b), denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.