ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM



Seksyen 15. Pembatalan pendaftaran.

(1) Pendaftar hendaklah memaklumi Lembaga itu tentang ketakpatuhan terhadap mana-mana syarat yang ditentukan dalam Sijil Pendaftaran atau terhadap mana-mana arahan lain yang dikeluarkan oleh Pendaftar dan hendaklah mengarahkan Lembaga itu untuk menghentikan ketakpatuhan tersebut.

(2) Kegagalan mematuhi arahan-arahan itu boleh mengakibatkan pembatalan suratcara dan Sijil Pendaftaran Sekolah Agama Islam tersebut.

(3) Mana-mana Lembaga itu yang pendaftaran Sekolah Agama Islamnya telah dibatalkan di bawah seksyen ini, boleh memohon untuk pendaftaran semula Sekolah Agama Islamnya itu, setelah memuaskan hati Pendaftar bahawa ketakpatuhan yang dinyatakan dalam arahan-arahan Pendaftar itu telah dihentikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.