ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PERKARA AM
BAB XXVII - PERKARA AM



Seksyen 209. Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki oleh pegawai agama.

Barang siapa enggan mengikat dirinya dengan ikrar bagi menyatakan hal yang sebenarnya, apabila dikehendaki mengikat dirinya demikian itu oleh seorang pegawai agama yang berkuasa di sisi undang-undang untuk menghendakinya berbuat demikian, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.