ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 19. Peguam Syarie.

(1) Kadi Besar boleh membenarkan kepada sesiapa yang layak di atas permohonannya menjadi Peguam Syarie.

(2) Bagi maksud subseksyen (1) seksyen ini, mana-mana orang yang berikut adalah layak berkemahiran di dalam perkara berkenaan dengan Hukum Syarak:
(3) Peguam Syarie tidak boleh hadir dan menjadi wakil dalam mana-mana Mahkamah bagi mana-mana pihak dalam sesuatu pembicaraan melainkan dengan sijil bertulis yang dikeluarkan oleh Kadi Besar dan menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan. Sijil yang demikian hendaklah dikeluarkan tiap-tiap tahun dan ditandatangani oleh Kadi Besar.

(4) Mahkamah boleh membenarkan pegawai-pegawai Kerajaan atas sifat jawatannya untuk menghadiri Mahkamah mewakili mana-mana pihak di dalam mana-mana pembicaraan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.