ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas



Seksyen 25. Qarinahnya kenyataan mengenai fakta dari jenis awam yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Pemberitahuan.

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang adanya sesuatu fakta mengenai perkara awam, apa-apa kenyatan mengenai fakta itu yang dibuat di dalam suatu sebutan permulaan yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau di dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang tersiar di dalam Warta Kerajaan Persekutuan atau Negeri, adalah fakta qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.