ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Peraturan Mesyuarat



Seksyen 21. Kehadiran bukan Ahli.


(1) Yang di-Pertua Majlis dengan diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, boleh menjemput untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat, sesiapa yang bukan ahli Majlis jika difikirkan ada kemungkinan yang kehadiran orang itu akan memberi faedah kepada mesyuarat itu.

(2) Sesiapa yang dijemput di bawah seksyen kecil (1) boleh mangambil bahagian dalam perbahasan atas perkara khusus baginya tetapi tidak boleh mengundi atau mengambil bahagian dalam membuat apa-apa keputusan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.