ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 4 - DARIHAL PERBICARAAN
Seksyen 98. Ucapan.
Dalarn perbicaraan di bawah Bab ini-
(a)
pegawai yang menjalankan pendakwaan tidaklah perlu membuka kes tetapi bolehlah terus mengemukakan keterangannya;
(b)
apabila tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya, maka dia atau Peguam Syarienya boleh, sebelum mengemukakan keterangannya, membuka kesnya dengan menyatakan fakta-fakta atau undang-undang yang mahu digunakan olehnya dan membuat apa-apa ulasan yang difikirkannya perlu tentang keterangan pihak pendakwa, dan jika tertuduh memberikan keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, dia bolehlah menggulung kesnya;
(c)
pegawai yang menjalankan pendakwaan itu hendaklah mempunyai hak menjawab keseluruhan kes itu apabila tertuduh telah mengemukakan keterangannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.