ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 157. Rayuan selepas tamat tempoh dan kecacatan tentang peraturan.

Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengikut budi bicaranya, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalang daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak menurut mana-mana peraturan atau keperluan Kanun ini, membenarkan rayuan dengan syarat yang ditetapkan dan dengan memberi arahan yang dipandang perlu supaya keadilan sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu, dan boleh, untuk tujuan tersebut, memanjangkan apa-apa tempoh masa yang dinyatakan dalam seksyen 152 atau 154.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.