ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 48. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Tiap-tiap rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan diselesaikan oleh seorang Pengerusi dan dua orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie.

(2) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi Pengerusi bagi setiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah dan sekiranya ia tidak berkeupayaan, maka seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang terkanan hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Syarie untuk menjalankan tugas-tugas Pengerusi.

(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi anggota sesuatu prosiding Mahkamah Rayuan Syariah sekiranya difikirkan perlu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.