ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERCERAIAN



Seksyen 39. Rujuk.

(1) Jika selepas perceraian yang boleh dirujukkan, perujukan telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal perujukan itu dan butir-butir yang berkaitan dengannya kepada Pendaftar bagi Kariah masjid di mana mereka tinggal. Pendaftar hendaklah membuat apa-apa penyiasatan yang perlu dan jika berpuashati bahawa perujukan telah berlaku mengikut Hukum Syarak hendaklah mendaftarkan perujukan itu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan dalam Daftar Cerai berhubung dengan perceraian itu, jika perceraian itu telah didaftarkan olehnya, dan hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya Sijil Cerai yang berkaitan dan hendaklah mengeluarkan kepada mereka Keterangan Rujuk dalam Borang 2D. Pendaftar hendaklah juga menyerahkan satu salinan Keterangan Rujuk itu kepada Ketua Pendaftar yang mana pula hendaklah membuat suatu endorsmen pada catatan dalam Daftar Cerai yang disimpan olehnya.

(2) Jika perceraian itu tidak didaftarkan oleh Pendaftar itu, ia hendaklah merekodkan dalam Sijil Cerai bilangan daftar dan butir-butir Keterangan Rujuk itu dan hendaklah menghantar Sijil Cerai itu kepada Pendaftar yang telah mengeluarkannya, bersama dengan satu salinan Keterangan Rujuk itu dan Pendaftar yang satu lagi itu hendaklah selepas itu membuat endorsmen pada catatan dalam Daftar Cerai berhubung dengan perceraian itu.
Pendaftar yang satu lagi itu hendaklah kemudiannya menyerahkan salinan Keterangan Rujuk itu kepada Ketua Pendaftar yang mana pula hendaklah membuat endorsmen pada catatan dalam buku daftar cerai yang disimpan olehnya.

(3) Jika perceraian yang boleh dirujukkan telah berlaku tanpa diketahui oleh isteri, suami tidak boleh menghendaki atau meminta isteri supaya bersekedudukan semula dengannya tanpa menzahirkan kepadanya hal perceraian itu dan melafazkan rujuk.

(4) Jika selepas perceraian yang boleh dirujukkan suami melafazkan rujuk-
(5) Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Rujuk bagaimana Borang 2E.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.