ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR



Seksyen 4. Penubuhan Majlis.

(1) Maka hendaklah ada suatu badan bernama “Majlis Agama Islam Negeri Johor” untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

(2) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, Majlis Agama Islam Negeri Johor yang wujud sebelum permulaan kuat kuasa itu menurut kuasa Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Segala hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang sebelum Bahagian ini mula berkuat kuasa adalah terletak hak atau dipertanggungkan pada Majlis terdahulu hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa terletak hak dan dipertanggungkan pada Majlis, setakat yang hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan itu tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(4) Segala jenis harta, alih dan tak alih, yang sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa, adalah terletak hak pada Majlis terdahulu hendaklah, apabila Bahagian ini mula berkuat kuasa, disifatkan terletak hak pada Majlis tanpa dipindahkan, diserahhakkan atau dipindahmilikkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.