ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 105. Mahkamah boleh mengemukakan soalan kepada tertuduh.

(1) Untuk tujuan membolehkan tertuduh menerangkan mana-mana hal keadaan yang didapati dalam keterangan terhadapnya, Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat perbicaraan, tanpa memberi amaran terlebih dahulu kepada tertuduh, mengemukakan apa-apa soalan kepadanya sebagaimana yang Mahkamah fikirkan perIu.

(2) Jawapan-jawapan yang diberikan oleh tertuduh bolehlah dipertimbangkan dalam perbicaraan itu dan dikemukakan sebagai keterangan bagi atau terhadapnya dalam mana-mana perbicaraan untuk mana-mana kesalahan-kesalahan yang lain yang mana jawapan-jawapan itu mungkin menunjukkan dia telah melakukannya.

(3) Pemeriksaan terhadap tertuduh adalah bertujuan untuk membolehkan dia menjelaskan apa-apa hal keadaan yang didapati dalam keterangan terhadapnya dan hendaklah tidak dijadikan suatu pemeriksaan am.

(4) Budibicara yang diberi oleh seksyen ini untuk menyoal tertuduh tidaklah boleh digunakan untuk maksud mendorongnya membuat pernyataan yang melibatkan jenayah atas dirinya.

(5) Soalan-soalan tidak boleh dikemukakan kepada tertuduh semata-mata untuk menyokong kes pendakwaan yang didapati cacat.

(6) Apabila sahaja tertuduh diperiksa oleh Mahkamah di bawah seksyen ini, keseluruhan pemeriksaan itu termasuk tiap-tiap soalan yang dikemukakan kepadanya dan tiap-tiap jawapan yang diberikan olehnya hendaklah direkodkan dengan sepenuhnya, dan rekod itu hendaklah dibacakan kepadanya atau, jika dia tidak faham bahasa yang digunakan, hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam bahasa atau isyarat yang dia boleh faham, dan dia adalah bebas untuk menjelaskan atau menambahi jawapan-jawapan itu.

(7) Apabila keseluruhan pemeriksaan itu telah menepati apa yang diumumkan oleh tertuduh sebagai yang benar, rekod itu hendaklah ditandatangani oleh Hakim yang bersidang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.