ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN V - PENUBUHAN LEMBAGA BAITULMAL DAN WAKAF, BAITULMAL, WAKAF DAN NAZR
Wakaf dan Nazr



Seksyen 51. Sekatan bagi pewujudan wakaf atau nazr.

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wakaf atau nazr yang tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Undang-Undang Islam.

(3) Apa-apa wakaf atau nazr yang sah menurut Ordinan dimansuhkan hendaklah terus sah bagi maksud Ordinan ni.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.