ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - HUKUMAN DAN PELAKSANAAN



Seksyen 123. Penggantungan pelaksanaan dalam kes-kes tertentu.

Apabila seseorang pesalah telah dijatuhkan hukuman denda sahaja dan pemenjaraan kerana ingkar membayar denda, dan Mahkamah mengeluarkan waran di bawah seksyen 122, Mahkamah boleh menggantungkan pelaksanaan hukuman pemenjaraan itu dan bolehlah melepaskan pesalah dengan dia melaksanakan bon dengan penjamin-penjamin seperti yang difikirkan patut oleh Mahkamah, bersyarat untuk kehadirannya di hadapan Mahkamah pada hari yang ditetapkan dalam waran, iaitu tidak melebihi lima belas hari daripada tarikh bon itu dilaksanakan, dan sekiranya denda itu tidak dibayar, Mahkamah boleh mengarahkan hukuman penjara itu dilaksanakan dengan serta merta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.