ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 108. Mencabar kebolehpercayaan saksi.
Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara yang berikut oleh pihak menentang atau, dengan izin Mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya:
(a)
dengan keterangan yang diberikan oleh orang yang menyatakan bahawa mengikut pengetahuan mereka tentang saksi itu mereka mempercayai bahawa saksi itu tidak boleh dipercayai;
(b)
dengan membuktikan bahawa saksi itu telah disogok, atau telah menerima tawaran sogokan, atau telah menerima apa-apa dorongan rasuah yang lain untuk memberikan keterangannya;
(c)
dengan membuktikan pernyataan dahulu yang tak konsisten dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh disangkal.
Huraian
- Seseorang saksi yang mengatakan bahawa seorang saksi lain tidak boleh dipercayai tidak boleh, dalam masa pemeriksaan utamanya, memberikan sebab dia mempercayai sedemikian, tetapi dia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan yang diberikannya itu tidak boleh disangkal, walau pun, jika jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.