ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
BAITULMAL



Seksyen 49. Tanggungan Pegawai Pesaka.

(1) Tiada perintah boleh dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengenai tanah-tanah yang menjadi sebahagian harta pesaka bagi seseorang Islam yang mati sehingga ditunjukkan bahawa mana-mana bahagian daripada harta pesaka yang terakru kepada Baitulmal itu telah dibayar atau Yang Dipertua telah memberi kebenaran menangguhkan bayarannya.

(2) Jika Yang Dipertua berpuashati bahawa bahagian yang terletakhak kepada Baitulmal itu tidak dapat dibayar dengan serta merta, maka bolehlah dia membenarkan supaya bayaran itu ditangguhkan atau dijelaskan dengan apa jua syarat yang patut pada pertimbangannya secara bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.