ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN UNTUK PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH.
Waran Geledah



Seksyen 49. Orang yang menjaga tempat tertutup hendaklah membenarkan penggeledahan.

(1) Apabila mana-mana tempat yang boleh digeledah atau diperiksa di bawah Bab ini tertutup, mana-mana orang yang tinggal di dalamnya atau menjaga tempat itu hendaklah, atas permintaan pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran dan apabila waran dikemukakan, membenarkan kepadanya kebebasan memasuki tempat itu dan memberikan segala kemudahan yang munasabah untuk menggeledah tempat itu.

(2) Jika kemasukan ke tempat itu tidak boleh diperolehi, pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran itu bolehlah melaksanakan waran itu dengan cara yang diperuntukkan oleh subseksyen 11 (2).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.