ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Pernyataan yang dibuat dalam Keadaan Khas



Seksyen 26. Kerelevanan pernyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung di dalam buku undang-undang.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang sesuatu undang-undang bagi sesebuah negara apa-apa pernyataan mengenai undang-undang itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan negara itu, dan sebagai mengandungi apa-apa undang-undang itu, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan Mahkamah negara itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa laporan mengenai keputusan itu, adalah relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.