ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXIX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 211. Jaminan untuk kos.

Seorang plaintif yang berada di luar Sabah boleh dengan budibicara Mahkamah diperintah memberi jaminan bagi kos, dan jika ia gagal memberi jaminan itu tindakannya boleh dibuang. Seksyen ini dipakai juga kepada seorang pihak menuntut-balas. Apabila jaminan bagi kos diperintah, ianya boleh diberi kepada pihak satu lagi ataupun kepada Mahkamah mengikut pilihan orang yang memberi jaminan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.