ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN V
Kewangan



Seksyen 57. Perletakhakan.

(1) Semua harta yang tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 56 hendaklah, jika terletak di dalam Negeri Sembilan dan, dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan di bawah peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara [Akta 56/65], terletakhak pada Majlis, tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan apa jua pun, bagi maksud-maksud amanah, wakaf atau nazr am yang menyentuhnya.

(2) Majlis hendaklah mengambil segala langkah perlu untuk meletakhak padanya bagi maksud-maksud yang bersamaan mana-mana harta sedemikian yang bertempat di luar Negeri Sembilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.