ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Watak menjadi Qarinah



Seksyen 42. Watak buruk dahulu tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab

Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah qarinah, melainkan jika keterangan telah diberikan bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu menjadi qarinah.

Huraian 1— Seksyen ini tidak terpakai bagi kes yang dalamnya watak buruk mana-mana orang dengan sendirinya ialah suatu fakta persoalan.

Huraian 2— Sesuatu sabitan yang dahulu adalah relevan sebagai keterangan mengenai watak yang buruk.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.