ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXVII - AM



Seksyen 201. Orang yang dibebaskan atas jaminan hendaklah memberi alamatnya.

Apabila seseorang dibebaskan atas jaminan, atau bon diri, dia hendaklah memberi kepada Mahkamah atau pegawai di mana jaminan atau bon itu dibuat, alamat di mana semua notis dan proses Mahkamah boleh disampaikan kepadanya dan jika orang itu tidak dijumpai atau atas sebab-sebab lain penyampaian notis atau proses Mahkamah tidak dapat dibuat kepadanya, notis atau proses Mahkamah yang ditinggalkan untuk orang itu di alamat yang diberi olehnya hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan kepadanya dengan sempurna.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.