ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985
BAHAGIAN X - AM
Seksyen 134. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.
(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan acara dalam semua perbicaraan hal-ehwal suami-isteri di bawah Enakmen ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermunafaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fee dan kos yang kena dibayar dalam semua perbicaraan itu; tertakluk kepadanya itu, semua perbicaraan di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal oleh amalan dan acara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat mana amalan dan acara itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.
(2) Mengenai perkara amalan dan acara dalam perbicaraan hal ehwal suami-isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.
(3) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi -
(
a
) cara bagaimana Pendaftar-pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam hendak menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada mereka oleh Enakmen ini;
(
b
)
bentuk Daftar-daftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' dan surat-surat perakuan nikah, perceraian dan ruju' dan cara bagaimana Daftar-daftar dan surat-surat perakuan dikehendaki disimpan;
(
c
) membekal dan menyimpan dengan selamat Daftar-daftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' bukunota-bukunota Pendaftar, dan segala akuan yang dibuat bagi maksud-maksud Enakmen ini;
(
d
) menyedia dan mengemukakan penyata-penyata perkahwinan, perceraian, dan ruju' yang didaftarkan di bawah Enakmen ini;
(
e
) bentuk apa-apa perakuan, notis, atau lain-lain dokumen yang dikehendaki bagi maksud melaksanakan Enakmen ini;
(
f
) membuat pencarian-pencarian dan memberi salinan-salinan yang diperakui;
(
g
) fee yang boleh dikenakan bagi maksud-maksud Enakmen ini;
(
h
) hukuman-hukuman kerana melanggar atau tidak mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini; dan
(
i
) lain-lain perkara bagi maksud melaksanakan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.