ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 177. Hasutan meninggalkan kewajipan Igama.

(1) Barangsiapa menghasut atau memujuk mana-mana orang Islam supaya tidak menghadiri Mesjid atau menghadiri pengajaran Igama adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Barangsiapa dengan sebarang apa jua cara menahan atau menghasut orang lain dengan tulisan atau lisan atau lain-lain cara daripada membayar Zakat atau Fitrah adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.