ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Qarinah
Seksyen 11. Bila fakta yang sebaliknya bukan qarinah boleh menjadi qarinah.
Fakta-fakta yang sebaliknya bukan qarinah boleh menjadi qarinah
-
(a)
jika ianya tak konsisten dengan sesuatu fakta yang menjadi soal atau dengan sesuatu fakta qarinah;
(b)
jika dengan sendirinya atau berhubungan dengan fakta-fakta lain, ianya menjadikan wujudnya atau tak wujudnya sesuatu fakta yang menjadi soal atau fakta qarinah itu amat mungkin atau amat tak mungkin.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu A berada di Taiping adalah qarinah.
Fakta bahawa hampir dengan waktu jenayah itu dilakukan A berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tak mungkin, walaupun tak mustahil, yang dia telah melakukan jenayah itu, adalah qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada
A
telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya adalah menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan oleh salah seseorang daripada
A, B, C
atau
D
. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa jenayah itu tidak dilakukan oleh
B,
C
atau
D
adalah qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.