ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 163. Keputusan.

(1) Apabila pembicaraan rayuan tamat, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah sama ada dengan serta-merta atau kemudiannya pada hari yang ditetapkan untuk tujuan itu atau diberitahu melalui notis kepada pihak-pihak, memberikan keputusan di Mahkamah terbuka.

(2) Di dalam rayuan perkara jenayah Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberi hanya satu keputusan yang boleh diberikan oleh Pengerusi atau mana-mana Hakim Mahkamah Syariah yang diarahkan oleh Pengerusi:

Dengan syarat bahawa keputusan yang berasingan hendaklah diberikan jika Pengerusi menentukan sedemikian.

(3) Keputusan mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir boleh dibacakan oleh Hakim yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.