ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH
KEPUTUSAN-KEPUTUSAN MAHKAMAH-MAHKAMAH KEADILAN BILA BERKAITAN



Seksyen 28. Keputusan-keputusan dahulu adalah berkaitan bagi menahan guaman atau pembicaraan yang kedua.

Adanya sesuatu keputusan, perintah atau dikri yang pada sisi undang-undang menahan mana-mana Mahkamah daripada mengambil ketahui tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu pembicaraan adalah suatu nyataan yang berkaitan apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah itu patut mengambil ketahui tentang guaman itu ataupun patut mengadakan pembicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.