ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
PENJAGAAN KE ATAS ORANG DAN HARTA



Seksyen 97. Perlantikan ibu sebagai penjaga wasiat.

Seseorang ibu sama ada seseorang Muslim atau Kitabiyah, boleh dilantik dengan sah menjadi wasi bagi bapa, dan dalam hal yang demikian ibu itu boleh menjalankan kuasa-kuasanya sebagai penjaga menurut wasiat atau, jika tidak ada seorang penjaga di sisi undang-undang dia boleh dilantik sebagai penjaga di sisi undang-undang oleh Mahkamah, tetapi jika dia tidak dilantik demikian, maka dia tidak boleh membuat apa-apa urusan mengenai harta kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.