ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXXII - KEPAPAAN



Seksyen 234. Permohonan menuntut atau membela sebagai seorang papa.

(1) Mana-mana orang yang ingin memulakan atau membela mana-mana tindakan atau lain-lain pembicaraan sendiri dan tidak upaya membayar perbelanjaan perbicaraan boleh memohon kepada Mahkamah, untuk mendapat izin bertindak atau membela sebagai seorang papa.

(2) Permohonan itu hendaklah melalui afidavit dalam Borang 34 atau 35 yang ditetapkan dan pemohon hendaklah menyatakan di dalamnya-
(3) Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah yang berkaitan dan hendaklah diperakukan oleh pemohon itu di hadapan Hakim atau Pendaftar.

(4) Apabila Mahkamah telah berpuas hati-
Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon itu (selepas ini dipanggil "seorang papa") menuntut atau membela mengikut mana yang berkenaan sebagai seorang papa. Setelah perintah tersebut dibuat saman atau lain-lain proses dalam tindakan itu atau lain-lain prosiding dan catatan berkaitan dalam buku daftar hendaklah ditanda "seorang papa".

(5) Jika Mahkamah tidak berpuas hati ia hendaklah menolak permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.