ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN IV - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 50. Kuasa Mahkamah memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.

Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.