ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
PIHAK BERKUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA



Seksyen 28. Perlantikan Mufti.

(1) Yang di-Pertuan Besar boleh selepas berunding dengan Menteri Besar atas nasihat Majlis melantik seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi Mufti bagi Negeri.

(2) Apabila berkuatkuasa seksyen ini, orang yang menjadi Mufti bagi Negeri Sembilan sebelum sahaja berkuatkuasa seksyen ini, hendaklah dianggap sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Negeri dan hendaklah terus memegang jawatan itu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.