ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IV - ORANG-ORANG YANG BOLEH DIKENAKAN ZAKAT



Seksyen 21. Prinsip am mengenai pengenaan zakat ke atas seseorang.

Jika di bawah Enakmen ini pendapatan atau aset mana-mana orang boleh ditaksirkan dan dikenakan zakat, maka orang itu hendaklah, tertakluk kepada Bahagian ini, menjadi orang yang boleh ditaksirkan dan dikenakan zakat berkenaan dengan pendapatan atau aset itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.