ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL
BAB 4 - TUNTUTAN ATAU PEMBELAAN LISAN



Seksyen 16. Tuntutan atau pembelaan lisan.

(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan;

Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambil kira kehendak Enakmen ini berhubungan dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Mahkamah hendaklah menyampaikan suatu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.

(3) Apabila dia menerima rekod yang disebut dalam subseksyen (2), pihak yang kepadanya rekod itu disampaikan hendaklah-



(4) Jika Mahkamah membenarkan sesuatu tuntutan atau pembelaan dibuat mengikut subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengenakan apa-apa fi yang ditetapkan sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.