ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 88. Perbicaraan bagi lebih daripada satu kesalahan.

(1) Jika dalam satu siri perbuatan yang sebegitu berkaitan bersama sehingga menjadikan suatu urusan yang sama, lebih daripada satu kesalahan telah dilakukan oleh orang yang sama, maka dia boleh dipertuduh melakukan dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan tersebut.

(2) Jika perbuatan-perbuatan yang dikatakan menjadi suatu kesalahan yang termasuk dalam dua atau lebih takrif yang berasingan dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa bagi mentakrifkan atau menghukum kesalahan-kesalahan, maka orang yang dituduh atas kesalahan-kesalahan itu boleh dipertuduh melakukan dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan sedemikian.

(3) Jika beberapa perbuatan yang mana satu atau lebih daripadanya dengan sendirinya menjadi suatu kesalahan, apabila dicampurkan menjadi suatu kesalahan lain, maka orang yang dituduh atas kesalahan-kesalahan itu boleh dipertuduh melakukan dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi kesalahan yang terjadi melalui perbuatan-perbuatan itu apabila dicampurkan, atau bagi mana-mana kesalahan yang terjadi melalui mana-mana satu atau lebih daripada perbuatan-perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.