ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 156. Perkahwinan yang melanggar peruntukan Enakmen ini.

(1) Barangsiapa yang menikahkan atau yang berupa membuat peraturan menikahkan suatu perkahwinan di antara orang-orang yang kedua-duanya orang Islam dengan melanggar peruntukan Enakmen ini atau sengaja berupa menjalankan sebarang perkahwinan yang tiada sah mengikut peruntukan Enakmen ini adalah menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan.

(2) Mana-mana lelaki atau perempuan Islam yang bersyubahat di atas kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen-kecil (1) seksyen ini hendaklah dihukum denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.