ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1984

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 67. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah.

Tertakluk kepada seksyen 63, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuashati bahawa sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan, walau apapun peruntukkan yang berlawanan dalam perjanjian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.