ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN V - PENUBUHAN LEMBAGA BAITULMAL DAN WAKAF, BAITULMAL, WAKAF DAN NAZR
Wakaf dan Nazr



Seksyen 52. Pendapatan daripada wakaf khas dan nazr am.

(1) Pendapatan yang diterima oleh Majlis daripada sesuatu wakaf khas hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.

(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf, selain wakaf khas, dan daripada tiap-tiap nazr am, hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.