ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXIII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN MENGENAI BON



Seksyen 183. Prosedur merampas bon.

(1) Apabila-
bahawa bon tersebut boleh dirampas maka Mahkamah hendaklah merekodkan alasan pembuktian tersebut dan boleh memanggil mana-mana orang yang terikat dengan bon tersebut untuk membayar penalti itu atau menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.

(2) Sekiranya penalti tersebut tidak dibayar, orang yang terikat akan dikenakan dengan perintah Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, hukuman penjara di penjara sivil untuk tempoh tidak lebih daripada enam bulan.

(3) Mahkamah boleh, di atas budibicaranya, mengurangkan mana-mana bahagian penalti yang telah disebutkan dan menguatkuasakan pembayaran sebahagian sahaja.

(4) Tiada apapun di dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghalang penalti, atau mana-mana bahagian tersebut atas mana-mana bon di bawah Enakmen ini dan diperolehi di bawah peruntukan undang-undang bersangkutan dengan prosedur sivil yang berkuatkuasa pada masa ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.