ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 68. Mendaftarkan cerai.


(1) Tiap-tiap perceraian hendaklah didaftarkan.

(2) Bayaran untuk mendaftar hendaklah dijelaskan tempat perceraian itu didaftarkan.

(3) Apabila perceraian itu sudah didaftarkan, maka Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat akuan cerai kepada suami dan isteri:

Dengan syarat bahawa dalam kes cerai yang boleh dirujuk, surat akuan cerai itu hanya diserahkan kepada si perempuan setelah habis idahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.