ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH



Seksyen 8. Sebab, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian.

(1) Sesuatu nyataan yang menunjuk atau menjadikan sesuatu sebab atau persediaan bagi sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan adalah qarinah.

(2) Kelakuan sesuatu pihak atau kelakuan seseorang wakil bagi mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau pembicaraan berkenaan dengan guaman atau pembicaraan itu atau berkenaan dengan sesuatu nyataan yang menjadi soal dalamnya atau yang ada hubungan dengannya, dan kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara pembicaraan, adalah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau yang kemudian.

Huraian 1
-

Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk kenyataan-kenyataan melainkan jika kenyataan-kenyataan itu menyertai dan menghuraikan perkataan lain daripada kenyataan tetapi huraian ini tidak akan menyentuh perkaitan kenyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini.

Huraian 2
-

Apabila kelakuan seseorang ada hubungan apa-apa kenyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dalam pendengarannya yang menyentuh kelakuannya itu adalah qarinah.

MISALAN-MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.