ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
Anggapan tentang suratan



Seksyen 64. Anggapan tentang warta, akhbar dan sebagainya.

Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulin tiap-tiap suratan yang berupa sebagai Warta Kerajaan Persekutuan atau Warta Kerajaan Negeri, atau sebagai sebuah akhbar, jurnal atau majalah dan tiap-tiap suratan yang berupa sebagai suratan yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika suratan itu disimpan pada asasnya secara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikeluarkan daripada simpanan yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.