ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 127. Menarik balik dan berselesai.

(1) Pihak menuntut boleh menarik balik mana-mana prosiding pada bila-bila masa sebelum hukuman, tetapi hendaklah kena membayar kos prosiding itu, dan selepas itu tidak boleh membawa apa-apa prosiding lain atas alasan tindakan yang sama tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Pihak-pihak dalam mana-mana prosiding boleh membuat kompromi dan penyelesaian akan prosiding itu pada bila-bila masa.

(3) Mahkamah hendaklah, jika diminta oleh mana-mana pihak, merakamkan syarat-syarat sesuatu penyelesaian.

(4) Wakil dari harta pesaka si mati atau wakil yang dilantik di bawah seksyen 124(2) tidak boleh menarik balik atau membuat penyelesaian dengan tiada kebenaran Mahkamah, yang hendaklah mengambil perhatian tentang kepentingan benefisiari-benefisiari atau orang-orang yang diwakili.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.