ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 173. Perlaksanaan bon.


Sebelum seseorang dilepas atas jaminan atau dilepaskan atas bon dirinya sendiri, hendaklah orang itu melaksanakan bon bagi jumlah yang dianggap mencukupi oleh Penyelia Ugama atau pegawai polis atau Mahkamah dan apabila dia dilepas atas jaminan dengan memberi satu atau lebih penjamin, atas syarat bahawa orang itu hendaklah hadir pada masa dan ditempat yang disebut di dalam bon itu dan dia akan terus hadir melainkan diarahkan sebaliknya oleh Penyelia Ugama atau pegawai polis atau Mahkamah mengikut mana yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.