ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 29. Memusnahkan atau mencemarkan masjid, dsb.

Mana-mana orang yang memusnah, merosak atau mencemarkan mana-mana masjid atau tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan niat menghina atau mempersendakan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.