ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 91. Bila diragui tentang apakah kesalahan yang dilakukan.

Jika satu perbuatan tunggal atau siri perbuatan berkeadaan sebegitu rupa sehingga mendatangkan ragu-ragu yang mana satu di antara beberapa kesalahan itu boleh dibuktikan telah dilakukan, maka orang yang dituduh boleh dipertuduhkan melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu, dan pertuduhan-pertuduhan itu boleh dibicarakan bersekali, atau dia boleh dipertuduhkan dengan pertuduhan pilhan kerana melakukan mana-mana satu atau lebih kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.