ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM



Seksyen 13. Permohonan untuk pendaftaran.

(1) Mana-mana orang yang ingin mendirikan Sekolah Agama Islam hendaklah memohon untuk pendaftaran dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar, dan hendaklah juga mengemukakan kepada Pendaftar suratcara Lembaga itu yang dicadangkan.

(2) Setelah menerima permohonan, Pendaftar hendaklah mempertimbangkan permohonan tersebut dan hendaklah sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu.

(3) Jika kelulusan diberikan, Pendaftar hendaklah dengan serta-merta mendaftarkan suratcara Sekolah Agama Islam itu bersama-sama dengan Lembaga itu dan hendaklah mengeluarkan Sijil Pendaftaran sekolah tersebut dengan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.