ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PERKARA AM
BAB XXVII - PERKARA AM



Seksyen 210. Enggan menjawab soalan pengawai agama yang berkuasa menyoal.

Barang siapa, yang terikat di sisi undang-undang supaya menyatakan hal yang sebenarnya mengenai suatu perkara kepada seseorang pegawai agama, enggan menjawab apa-apa soalan yang ia diminta menjawab mengenai perkara itu oleh pegawai agama itu, pada menjalankan kuasa undang-undangnya, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.