ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 213. Tidak membayar zakat dan fitrah, dan membayar dan memungutnya secara tak sah.

(1) Barang siapa dengan sengaja enggan membayar zakat atau fitrah yang bertanggung ke atasnya untuk membayar adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Keputusan sabit kesalahan di bawah subseksyen (1) tidaklah akan menjadikan hutang itu terhapus, dan Mahkamah bolehlah memerintah supaya zakat atau fitrah yang kerananya seseorang itu disabitkan, atau nilai baginya dijelaskan olehnya kepada Jabatan sama ada dengan sekali gus atau dengan apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3) Barang siapa dengan sengaja membayar atau menyebabkan supaya dibayar, memujuk mana-mana orang supaya membayar, zakat atau fitrah yang bertanggung ke atasnya mana-mana orang untuk membayar, kepada orang yang tidak diberi kuasa di bawah Enakmen ini untuk memungut zakat atau fitrah itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(4) Barang siapa, yang bukan seorang yang diberi kuasa di bawah Enakmen ini untuk memungut zakat atau fitrah, memungut atau menerima zakat atau fitrah atau menyebabkan zakat atau fitrah dibayar kepadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan zakat atau fitrah yang dipungut itu hendaklah dirampas oleh Mahkamah dan hendaklah menjadi hasil Bait-ul-Mal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.