ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VI - PROSIDING KHAS
BAB XXII - DARIHAL PENDAKWAAN



Seksyen 181. Mengguna khidmat peguam syarie.

Dengan kebenaran Ketua Pendakwa Syarie mana-mana peguam syarie boleh digunakhidmat untuk menjalankan apa-apa pendakwaan jenayah atau menghadiri mana-mana rayuan jenayah bagi pihak Ketua Pendakwa Syarie. Peguam syarie itu hendaklah dibayar daripada kumpulan wang awam apa-apa saraan sebagaimana yang dibenarkan oleh Pihakberkuasa Negeri dan semasa menjalankan pendakwaan atau rayuan itu, peguam syarie itu hendaklah disifatkan sebagai "pengkhidmat awam".




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.