ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 1 - Permulaan



Seksyen 3. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain -

"baligh" ialah seorang yang cukup umur mengikut Hukum Syarak;

"baiyyinah" ialah keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuk qarinah;

"dibuktikan" sesuatu fakta adalah "dibuktikan" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara dihadapannya, mahkamah percaya fakta itu wujud atau berpendapat wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras dalam hal keadaan yang berkenaan itu, seharusnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu adalah wujud;

"dibuktikan sebaliknya" sesuatu fakta adalah dikatakan "dibuktikan sebaliknya" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, mahkamah percaya fakta itu tidak wujud atau berpendapat tidak wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras dalam hal keadaan yang berkenaan itu, seharusnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu adalah tidak wujud;

"dokumen" ertinya apa-apa yang dinyatakan atau diterangkan atas apa-apa benda dengan cara menggunakan huruf, angka atau tanda atau sesuatu atau lebih dari sesuatu cara itu yang bertujuan digunakan atau yang mungkin digunakan untuk merekodkan hal itu;

MISALAN

Tulisan ialah dokumen.

Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah dokumen.

Peta atau pelan ialah dokumen.

Ukiran atas logam atau batu atau kayu ialah dokumen.

Karikatur ialah dokumen.

"fakta" ertinya dan termasuklah
-
MISALAN
"fakta yang menjadi soal" ertinya mana-mana fakta dari mana, dengan sendirinya atau berhubung dengan lain-lain fakta, wujud, atau tidak wujud, jenis atau luasnya apa-apa hak, atau tanggungan yang ditegaskan atau dinafikan dalam sesuatu guaman atau prosiding termestinya berkait.

MISALAN

A dituduh berkhalwat dengan B.

Di dalam prosidingnya fakta-fakta yang berikut boleh menjadi soal:

Bahawa
A berada berdua-duaan dengan B di dalam bilik tertutup.

Bahawa
A berada berdua-duaan dengan B di dalam kenderaan yang berhenti yang terletak di tempat gelap.

"Hukum Syarak" ertinya undang-undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang diiktiraf;

"keterangan" adalah termasuk-

"mahkamah" ertinya mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 36 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [Enakmen 1/1991];

"qarinah" ertinya fakta yang ada hubungan dengan fakta yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam Hukum Syarak atau yang dihuraikan dalam Enakmen ini;

"syahadah" ertinya keterangan yang bersifat benar di mahkamah dengan menggunakan lafaz "ashhadu" untuk mensabitkan hak atau kepentingan seseorang ke atas seorang lain, apabila sabit ia mengikat mahkamah.

(2) Bagi mengelakkan keterangan tentang identiti perkataan atau perbahasan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada skrip Bahasa Arab perkataan-perkataan dan perbahasan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.